Sunday, October 2, 2016

6 PUNCA TERCETUSNYA MASALAH EKZEMA ANAK

Bagi ibu-ibu yang baru mengalami masalah ekzema pada anak, semestinya tidak senang duduk dan tertanya2 mengapa keadaan kulit anak yang merah2, gatal dan sering menggaru, kering dan menggelupas.
Kami kongsi kepada anda 6 punca utama tercetusnya keadaan sedemikian.
Berikut adalah sumber yang diambil dari artikel http://www.majalahpama.my

===============================================

Terdapat beberapa perkara yang boleh mencetuskan simptom eczema. Ia berbeza-beza antara setiap orang. Pencetus yang biasa termasuk:

1. Perengsa – seperti sabun dan bahan pencuci, termasuk syampu, cecair pencuci dan mandian.

2. Faktor persekitaran seperti cuaca sejuk dan kering, kelembapan dan perkara-perkara yang lebih khusus seperti hama, habuk, bulu haiwan peliharaan, debunga dan kulat.

3. Alahan makanan – seperti alahan kepada susu lembu, telur, kacang tanah, soya atau gandum.

4. Bahan-bahan tertentu yang dipakai – seperti fabrik bulu dan sintetik.

5. Perubahan hormon – wanita mungkin mendapati simptom mereka bertambah buruk sebelum datang haid atau ketika mengandung.

6. Jangkitan kulit.

Ada sesetengah orang mengadu simptom mereka bertambah buruk bila berada di udara yang terlalu kering atau berhabuk, atau ketika mereka stres, berpeluh atau terlalu panas atau sejuk.

Alahan makanan boleh menyebabkan ‘flare-up’. Oleh kerana reaksi alahan kepada makanan (sama ada melalui sentuhan kulit semasa penyediaan makanan atau melalui pemakanan) boleh mencetuskan ekzema flare-up, ia adalah penting untuk mengenalpasti makanan pencetus.

Mendiagnosis alahan makanan adalah amat sukar. Cara paling berkesan adalah memerhati kesan buruk ekzema apabila memakan sesetengah makanan.

Kadangkala ia hanya kebetulan dan perlu disahkan dengan memakan makanan yang disyaki di hadapan doktor. Makanan tersebut perlu dibuat dibawah pengawasan doktor, kerana penyingkiran makanan yang disyaki oleh keluarga tanpa panduan dan doktor boleh menyebabkan pesakit dilabelkan sebagai alergi walaupun sebenarnya mereka tidak.

Terdapat dua jenis ujian yang boleh digunakan untuk alergi makanan iaitu ujian kulit atau ujian darah. Dapatkan nasihat daripada doktor pediatrik atau doktor kulit sebelum melakukan satu daripada ujian tersebut.


Soalan berikut dijawab oleh Dr Shariza Lukman, Pakar Perunding Pediatrik (BSC MEDICAL SCIENCE (SCOTLAND), MBCHB (UK), MRCPCH (UK), MSC CHILD HEALTH (UK), Pantai Hospital Klang.
====================================================
Cara Rawat Ekzema

Sumber Gambar : Google (Aishah Dhia Rana)
Sumber artikel : http://www.majalahpama.my
#Nureen #CaraRawatEkzema #RawatEkzemaSecaraSemulajadi #CaraRawatEkzemaDewasa #PetuaRawatEkzema #UbatEkzemaYangBerkesan

Cara rawat ekzema secara tradisional
#CaraRawatEkzemaSecaraTradisional

 
Facebook page : Nureen.my
Instagram : Nureen.my
Hotline No. : 013 - 222 6350 


#nureenTestimonial
#Eczema
#kulitsensitif #kulitmerekah #eczemacure #eczemacream #eczemarelief #eczemarelief #eczemaproblems #kulitkering #kulitgatal #kegatalan #kudis #kurap #kudisbuta

#ekzema #eczema #psoriasis #kulitkering #kulitgatal #kegatalan #gatal #kulitmenggelupas #kudis #kurap #luka #jerawat #tumitpecah #tu

No comments:

Post a Comment