Sunday, October 2, 2016

APAKAH ITU EKZEMA ATOPIK ?


Kami menerima banyak soalan seakan-akan soalan dibawah ini.
Berikut kami kongsi kepada anda jawapan dari seorang doktor yang dipetik dari http://www.majalahpama.my/

==================================================

Soalan :

Macam mana cara hendak hilangkan masalah ekzema yang kronik? Umur anak saya tiga tahun. Dari usia bayi lagi dia ada eczema dan tidak sembuh. Hilang sekejap tapi akan berulang lagi. Dia juga alergi terhadap sesetengah makanan.

Jane Anna

Jawapan :

Ekzema atopik/dermatitis atopic adalah masalah kulit yang biasa di kalangan kanak-kanak, memberi kesan terhadap 20–25% orang kanak-kanak. Ia boleh memberi kesan kepada kanak-kanak pada semua peringkat usia dan seawal usia dua bulan.

Ekzema atopik biasanya berlaku kepada mereka yang mempunyai ‘kecenderungan atopik’. Kecenderungan atopik bermakna ada sejarah keluarga yang mempunyai asma, ekzema atau alergi. Sekiranya ada sejarah maka, risiko untuk menghidap ekzema adalah tinggi.

Ekzema atopik berlaku kerana interaksi kompleks faktor-faktor genetik dan persekitaran. Ini termasuklah kecacatan dalam fungsi halangan kulit menjadikan kulit lebih mudah terdedah kepada kerengsaan dengan sabun dan lain-lain kerengsaan, cuaca, suhu dan pencetus tidak spesifik.

Kulit kering dan bersisik boleh muncul di mana-mana kulit dan sangat gatal. Kegatalan boleh menjadi begitu serius sehingga kanak-kanak tidak boleh tidur lena. Menggaru boleh menyebabkan jangkitan kulit.

Oleh kerana ekzema atopik boleh bertahan lama/kronik, ia adalah penting untuk belajar bagaimana untuk menjaga kulit. Rawatan dan penjagaan kulit yang baik boleh mengurangkan ketidakselesaan.

Tidak ada ubat untuk ekzema atopik, tetapi rawatan boleh meringankan simptom. Ramai kanak-kanak akan mendapati simptom akan semakin berkurangan apabila mereka membesar.

===================================================

Kami akan kongsikan rawatan yang boleh meringankan simptom ekzema atopik ini di lain post.
ANDA ADA AHLI KELUARGA YANG ADA EKZEMA/MASALAH KULIT???

Sis ada adik yg ekzema, atau kakak yg ekzema? Atau anak saudara yang asyik garu2 kulit badan? Kesian kan tengok diorg, garu sana sini.. Nak gerak pun tak selesa, muka pun asyik berkerut tahan gatal, kulit pedih sebab terlalu kering..

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kita yang takde masalah kulit pun rasa sakit lihat, ini kan pula mereka yang merasa!
.
Apa kata sis sedekah kan 1 krim nureen kat diorang? Atau paling tidak, tolong rekemen kan diorang cuba nureen.. insya Allah kita ikhtiar dlu. Mana tau asbab krim ni, masalah diorang yg kat atas ni hilang?

No comments:

Post a Comment